Mengapa susah nak memahami kromosom XX ni...???
kromosom XX ni atau name saintifiknya perempuan adalah sebuah subjek yang sangat2 susah difahami dan dikaji.... mereka sangat-sangat suka untuk berubah angin dan sungguh susah untuk diduga. bila terlebih dieri perhatin mereka kata bosan dan bila terkurang pula mereka menyatakan bahawa kita tidak sayang. bagaimana untuk kita menginbangkan kedua-dua permintaan mereka... sungguh susah untuk dilakukan.. haih... tdkkah mereka tahu bahawa bila mereka menyatakan sebegitu ia sangat-sangat memedihkan untuk kita telan. tidak kira jika mereka kata bosan ataupun tidak sayang.. kedua-dua jawapan itu adalah jawapan yang sangat-sangat perit untuk kita telan. bukanlah disini saya nyatakan bahwa lelaki ni semuanya sempurna tetapi jika kita sahaja yang hendak memahami mereka, siapalah pula yang akan memahami kita.. mintak maaf kepada kaum hawa jika apa yang saya tulis ini menyinggung, bukanlah niat saya untuk menyinggung hanya sekadar berkongsi apa yang telah berlaku dalam hidup ini.. mungkin ada silap dari pihak saya tidak sedari. apa-apapun cuma berkongsi apa yang telah berlaku dan sesiapa yang ingin berkongsi saya amat sila-silakan... huhuhuh sahabat saya menyuruh saya membaca buku "why men are from mars and women are from venus?" saya akan terus mencari buku ini dan mungkin ia akan lebih membuat saya faham Kromosom XX ini..